3 Sebab Kenapa Anda Perlu Mula Bisnes Online di Facebook

Sebagaimana yang kita maklum, Facebook merupakan salah satu media sosial atau platform yang mampu menghubungkan dan menggalakkan komunikasi dan interaksi antara satu sama lain.

Dari sudut bisnes online juga mendapat sambutan hangat dalam kalangan peniaga-peniaga masa kini di Facebook. Lihatlah berapa ramai jutawan sekarang berniaga online di Facebook.

Tujuannya adalah untuk memudahkan proses jual beli berlaku secara atas talian. Di sini juga segala produk dapat dipasarkan, bermakna tidak perlu keluarkan modal untuk menyewa tapak bagi memulakan perniagaan.

Jadi, Facebook adalah platform yang paling sesaui untuk anda pasarkan produk anda selain hanya di offline. Berikut telah saya senaraikan 3 Sebab Kenapa Anda Perlu Mula Bisnes Online di Facebook: 

1. 2.4 JUTA RAKYAT MALAYSIA MENGGUNAKAN FACEBOOK
“We Are Social” & “Hootsuite” telah mengeluarkan laporan statistik di Malaysia tahun 2019 bahawa Facebook merupakan Platform Social Media yang paling aktif berbanding dengan yang lain.

Setakat ini statistik menunjukkan bahawa sebanyak 70% pengguna laman sosial yang menggunakan Facebook dan kadar penggunaannya lebih tinggi berbanding Youtube!

 
2. FACEBOOK MENYEDIAKAN PLATFORM BERBAYAR UNTUK BUAT IKLAN
Bab ini mungkin masih ramai yang tak tahu. Selama ini kita hanya gunakan Facebook untuk menjual produk. Tapi, persoalannya adakah pengguna-pengguna di Facebook sudah mengenali produk kita ? Bagaimana nak pastikan mereka mengenali produk kita ?

Nah ! Ini caranya. Facebook telah menyediakan platform berbayar untuk anda buat iklan produk anda. Dengan menggunakan platform ini, bisnes anda akan dikenali ramai dan mendapat sambutan hangat daripada para pengguna Facebook.

3. BOLEH BERMULA BUAT IKLAN DI FB SERENDAH RM3 SEHARI
Yang ni part paling best. Katakanlah anda baru memulakan peniagaan di Facebook tapi takde modal nak buat iklan. Jangan risau ! Facebook tak minta anda untuk buat iklan mahal-mahal. Dengan bermodalkan RM3 sehari pun iklan anda boleh berjalan lancar dan mendapat sambutan dari pengguna Facebook.
 
Bayangkan hanya bermula dengan modal RM3 je sehari, produk anda dapat dikenali ramai sekaligus mendapat tempat di pasaran. Simple kan ?

Alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan. Hehe. Produk dah ada tapi persoalannya sampai bila nak berada di takuk yang lama ?

Mulalah iklankan produk anda di Facebook, mana tahu suatu hari nanti anda bakal menjadi seorang peniaga yang berjaya. Gunakanlah Facebook dengan sebaiknya untuk perniagaan anda.