KESELAMATAN KESIHATAN PEKERJAAN & ALAM SEKITAR (HSE 2021)

Webinar ini akan mengumpulkan pelbagai lapisan masyarakat, profesional & kepakaran yang berbeza latar belakang, untuk membincangkan berkenaan isu-isu semasa yang berkaitan dengan keselamatan, kesihatan pekerjaan & alam sekitar.
🔹Tarikh: 27/02/2021
🔹Hari: Sabtu
🔹Masa: 8.00 pagi-2.00 petang
🔹Platform: Zoom
🔹Yuran: RM10
🔹Anjuran: Jabatan Pembangunan dan Profesional, DPPN Pahang.

Di antara objektif penganjurannya adalah:-
1. Memberi pendedahan berkenaan dengan dasar-dasar dan hala tuju negara ke arah membudayakan keselamatan, kesihatan pekerjaan dan persekitaran di tempat kerja.
2. Memperluaskan penglibatan dan peranan dari pelbagai pihak di dalam menjayakan misi nasional khususnya di dalam bidang keselamatan, kesihatan pekerjaan & persekitaran.
3. Membudayakan perbincangan sihat dan komunikasi berkesan pada semua peringkat (top to bottom & bottom to top).