JPro

ANTARA BOS DAN PEKERJA

Setelah 18 tahun bekerja, saya ada 11 orang bosses, 3 diantaranya perempuan. Semua bos saya ni baik orangnya dan saya banyak belajar dari mereka. Sudah tentu mereka mempunyai karektor yang berbeza-beza tetapi persamaan mereka adalah ingin melakukan yang terbaik untuk syarikat saya. 😎

Saya lebih suka supaya hubungan saya dengan bos bukan sekadar anak buah dan bos tetapi juga sebagai seorang kawan. Jika saya dan bos selesa begitu, lebih senang untuk kita berbincang dan lebih terbuka dalam menerima idea dan kritikan membina. Budaya ini penting agar setiap orang tidak terhalang dalam menyumbang idea dan memainkan peranan dalam memajukan syarikat.👍

Antara perkara yang saya lakukan untuk membina hubungan ini adalah dengan memberi kata-kata motivasi dan pujian. Bagi sesetengah orang ia dianggap ‘mengipas’🤔

Bagi saya bos juga manusia seperti kita. Jika setiap hari kita berhadapan dengan cabaran hidup dan kerja, mereka juga menghadapi cabaran yang sama, malah tekanan yang mereka terpaksa hadapi lebih besar kerana tanggungjawab yang lebih besar. Impaknya juga besar yang melibatkan kerjayanya, kehidupannya, dan keluarganya. 😯

 

“Bagi saya bos juga manusia seperti kita. Jika setiap hari kita berhadapan dengan cabaran hidup dan kerja, mereka juga menghadapi cabaran yang sama, malah tekanan yang mereka terpaksa hadapi lebih besar kerana tanggungjawab yang lebih besar…”
 

Maknanya, dia juga manusia seperti kita. Mereka juga perlukan dorongan, motivasi dan panduan. Ya, mereka boleh dapatkan daripada kursus kepimpinan, video2 motivasi, buku2 motivasi tetapi semangat dan kata2 motivasi yang terbaik sebenarnya adalah daripada mereka yang dekat dengan kita kerana mereka mengenali diri kita. 😲😲

Dr Fadhilah Kamsah pernah datang memberikan motivasi di ofis Kami sekitar 2 tahun lepas. Beliau mengatakan, dalam berdoa, kenapa tidak kita selitkan doa supaya rakan2 sekerja kita, bos kita dan pimpinan organisasi kita diberi petunjuk, hidayah, ketenangan, kebijaksanaan dan kemudahan?😅

Doa inilah yang akan membantu kumpulan dan organisasi kita untuk terus maju. Tambahan pula doa orang dalam diam kepada orang lain lebih mustajab dan diaminkan oleh para malaikat. 🤲

Jom kita bagi motivasi Kat bos!💪

Buka hati, Buka Minda, Transformasi diri menuju syurga

Ditulis oleh

Yang bermotivasi hari ini
Penulis merupakan Jurutera Profesional lulusan Universiti Teknologi Petronas. Bekerja di syarikat gas dan multinasional PETRONAS selama 18 tahun sehingga kini. Merupakan Pengarah Komunikasi Dewan Pemuda PAS Malaysia.

7 Ogos 2019