Gangguan Pendaftaran Laman Web Pendaftaran Vaksin Pada 26 Mei: Jawapan kepada 4 Soalan Popular Netizen

Apabila pendaftaran bagi vaksin Astrazenega Siri Kedua dibuka pada 12 tengahari 26 Mei lalu, netizen berpusu-pusu masuk ke laman web pendaftaran di bawah kendalian Jawatan Kuasa Jaminan Akses Vaksin (JKJAV). Ini menyebabkan laman web tersebut mengalami gangguan akibat trafik masuk yang terlalu tinggi. Dianggarkan lebih 1 juta pengguna internet telah cuba mendaftar diri.

Apa yang dialami netizen di bahagian laman web boleh diumpamakan seperti sebuah restoran makanan. Pembeli hanya berurusan di kaunter pembelian (muka hadapan laman web) dan tidak tahu apa berlaku di bahagian dapur restoran. Bagi memahami sebab berlaku, kita perlu tahu dahulu apa yang berlaku di bahagian “dapur” laman web.

Setiap laman web ada bahagian hadapan (kaunter jualan) dan bahagian belakang (dapur masakan).
 
1| Bahagian Hadapan atau “User Interface”
 
HTML dan Javascript antara bahagian hadapan laman web yang digunakan untuk pamer borang (form) kepada pengguna (user). Di dalam konteks website JKJAV, anda akan nampak form untuk mengisi no. kad pengenalan, no. telefon dan maklumat lain termasuk pengesahan melalui “Captcha” serta butang hantar apabila semua maklumat sudah diisi.
 
2| Bahagian Belakang atau Application Programming Interface (API)
 
API atau bahasa mudahnya “orang tengah” berfungsi menghubungkan antara Bahagian Hadapan laman web dengan pengkalan data (database). Apabila anda tekan negeri, akan keluar senarai pilihan tarikh temujanji. Apa yang berlaku adalah negeri yang dipilih tersebut memanggil satu API untuk menyenaraikan tarikh yang dihubung kepada pengkalan data.
 
Artikel ini menjelaskan secara ringkas antara 4 soalan popular daripada netizen.
3| Kenapa perlu pengesahan oleh “CAPTCHA” setiap kali refresh?
 
CAPTCHA adalah singkatan nama bagi “Completely Automated Public Turing test to tell Computers and Humans Apart”. Ianya adalah ciri keselamatan bagi membezakan samada robot ataupun manusia yang sedang mengisi maklumat. Ianya bertujuan mengelakkan unsur-unsur penipuan atau user duplication.

4| Kenapa ada pengguna yang berjaya daftar dan ada yang tidak berjaya?
 
Ini adalah kerana had limit dan CORS yang ditetapkan oleh pengendali laman web.
 
Kami yakin pasukan yang membina Laman Web Pendaftaran Vaksin ini telah pun mengambil “lesson learnt” daripada pelbagai komen netizen, developer dan software architect yang telah mengesyorkan “design architecture” yang sesuai.
Walau sehebat mana kebijaksanaan manusia mencipta sesuatu, ianya pasti tidak sempurna. Kerana yang sempurna hanyalah Allah s.w.t dan kita hanyalah hambaNya yang sentiasa memerlukan bantuan dan petunjuk dari Allah.

Anas Faris,
AJK Kluster Teknologi Maklumat JPro

Penulis merupakan seorang software developer.