4 Style Pemimpin Yang Perlu Anda Tahu

Betul atau tidak, kejayaan sesebuah organisasi itu bergantung kepada gaya dan style yang betul yang perlu dibawa oleh seorang pemimpin? 
 
Sebagai pekerja, anda pastinya suatu hari nanti akan menjadi seorang pemimpin juga. Jadi, apakah style kepimpinan yang sesuai dengan tugasan yang diberikan dan style apakah yang sesuai dengan personaliti anda bagi memperoleh output yang diinginkan?
 

1. AUTOKRATIK

Kepimpinan gaya autokratik selalunya dikaitkan dengan pemimpin yang gila kuasa dan egois. Hanya pandangan mereka sahaja yang betul. Tapi tidak semua gaya kepimpinan autokratik ini negatif. Contohnya, apabila berlaku sesebuah krisis, pemimpin autokratik akan lebih mampu memastikan krisis tersebut dapat dielakkan. Ini kerana pendekatan autokratik selalunya tidak membuka sebarang ruang untuk berkompromi, berbincang atau berdebat untuk mencapai satu kata putus.

Dalam politik, Adolf Hitler adalah antara pemimpin yang menggunakan pendekatan ini. Selain itu, dalam dunia perniagaan, Martha Stewart juga merupakan antara pemimpin yang autokratik.

Image: Photos.com—Getty Images/Thinkstock

2. DEMOKRATIK

Pemimpin demokratik pula mempunyai gaya kepimpinan yang mana setiap sesuatu perkara diputuskan melalui suara majoriti. Demokratik ini selalu dikaitkan dengan politik. Situasi ini selalu dapat kita lihat sewaktu pilihanraya. Walaupun gaya kepimpinan ini dilihat sebagai yang paling mesra, namun dalam beberapa situasi kepimpinan demokratik tidak selalu menjadi pilihan yang tepat. Sebagai contoh, perniagaan yang gagal dan berada dalam situasi kemelesetan lebih sesuai menggunakan gaya kepemimpinan yang lebih autokratik.

Google antara contoh yang sering digunakan dalam konteks kepimpinan demokratik ini. Pengasas Google Larry Page dan Sergey Brin menugaskan CEO Eric Schmidt untuk mengupah pakar dalam bidang tertentu bagi mendorong pertumbuhan Google secara agresif sehingga ke hari ini.

3. LAISSEZ-FAIRE

Perkataan ini berasal dari bahasa Perancis yang membawa maksud “leave alone” dalam bahasa Inggeris. Gaya kepimpinan Laissez-faire secara amnya adalah cara mentadbir dengan memberikan kebebasan kepada individu untuk menyelesaikan tugas-tugas tertentu.

Sebagai contoh, Steve Jobs dikenali sebagai pemimpin yang sangat Laissez-faire kerana dia meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap pekerjanya yang dia anggap sangat berkelayakan dan bermotivasi. Dia memiliki visi tentang bagaimana dia ingin sesuatu dilakukan, dan jika hal itu tidak dilakukan oleh pekerjanya dengan cara yang dia inginkan, dia tidak ragu-ragu untuk mengambil tindakan.

4. BIROKRATIK

Kepemimpinan birokratik sangat sesuai digunakan syarikat yang beroperasi dalam persekitaran yang sangat terkawal. Gaya kepimpinan ini menguruskan sesuatu perkara berdasarkan hierarki organisasi. Oleh kerana itu, gaya ini mementingkan kerja yang berstruktur, bersistem dan sangat bergantung pada pengembangan dan pelaksanaan kerangka kerja yang teliti.

Alfred P Sloan, CEO General Motor antara pemimpin yang birokratik. Beliau tidak hanya merevolusikan General Motor sahaja, tetapi mengembangkan industri kenderaan bermotor secara umum.

Gaya kepimpinan harus dipilih dengan teliti bergantung kepada jenis organisasi dan tenaga kerja. Ini kerana bukan semua keadaan Autokrat boleh digunakan dan tidak semestinya Laissez-faire baik untuk setiap jabatan, gerak kerja atau organisasi.