5 Tips Untuk Menjadi Boss Yang Profesional

NAK TAK JADI BOSS YANG PEKERJA SENANG BILA ANDA ADA DI PEJABAT?

Fuh, biasanya kalau boss masuk semua macam lipas kudung, buat-buat fokus dengan kerja sebab ada perasaan tak selesa atau tak nak terkantoi curi tulang.

Itu perkara biasa.

Tapi kalau nak suasana pejabat jadi luar biasa, jom guna tips ni.

 

TIPS #1: SERING BERINTERAKSI

Pemimpin yang baik tidak menghadkan urusannya hanya atas tujuan pejaabat semata, namun, pemimpin yang bak adalah yang meluangkan masa secara berkala dengan pasukan untuk mendengar dan memahami masalah pekerja.

Aturkan sesi one-to-one dan aktiviti kumpulan bersama pekerja untuk mewujudkan semangat berpasukan.

 

TIPS #2: BERI PUJIAN DAN KRITIKAN SEWAJARNYA

Semua orang suka apabila mendapat maklum balas yang positif dan ia dapat memotivasikan diri dan meningkatkan prestasi dalam kerja.

Jika pekerja anda melakukan pekerjaan dengan baik, puji di hadapan semua pekerja, namun jika mereka melakukan kesilapan, elakkan tegur di khalayak ramai.

TIPS #3: BERI PUJIAN DAN KRITIKAN SEWAJARNYA

Interaksi dua hala iaitu, ketua-pekerja, dan pekerja-ketua juga dapat membantu prestasi sesebuah syarikat atau pasukan.

Cipta satu mekanisma yang terbaik untuk pekerja memberikan pendapat mereka tentang gaya kepimpinan anda. Ini adalah salah satu cara yang paling dinamik untuk meningkatkan kemahiran dan prestasi kepemimpinan anda di pejabat, sekaligus memberi semangat kepada pekerja anda pada masa yang sama.

TIPS 4#: MEMPERCAYAI KEMAMPUAN PEKERJA

Cara kepimpinan yang berkesan tidak semestinya memberitahu orang apa yang harus dilakukan, atau menyerahkan segalanya kepada orang lain.

Namun, kepimpinan yang baik adalah dengan mempercayai pekerja untuk melakukan pekerjaan mereka, dan campur tangan bila perlu.

TIPS 5#: MENJADI CONTOH TAULADAN

Pemimpin yang hebat selalu menjadi contoh untuk diikuti oleh orang lain, tetapi yang lebih penting, mereka tidak meminta orang-orang untuk mereka lakukan sesuatu yang tidak akan mereka lakukan sendiri.

Sentiasa ingat bahawa diri anda cerminan syarikat dan pekerja anda akan menilainya.