JPro

KONVENSYEN PROFESIONAL MALAYSIA 2.0 (KPro 2.0)

Jabatan Profesional Muda (JPro) akan menganjurkan KPro 2.0 bagi membincangkan peranan para profesional dalam menentukan masa hadapan negara dalam keadaan ekonomi kini.

K-Pro juga merupakan medan diskusi bagi para profesional bekerjasama menyumbang idea dan pengalaman untuk mencari solusi terhadap isu-isu yang dihadapi golongan profesional merangkumi kos sara hidup, peluang pekerjaan, dan lain-lain lagi.

Program ini akan turut dihadiri oleh NGO Komuniti Profesional dan ahli profesional untuk berinteraksi bersama ahli-ahli panel profesional dalam pelbagai bidang.

Tarikh

15 Julai 2023 (Sabtu)

Masa

9.00 am - 1.30 pm

Tempat

IDCC, Shah Alam

Jom Daftar

Jom para Profesional, posisikan peranan anda dalam diskusi serta perkongsian idea
di Konvensyen Profesional Malaysia 2.0 (KPro 2.0) pada 15 Julai 2023 ini. Daftar sekarang di butang berikut:

Aturcara Program

Ucaptama 1 & 2

9.30 pagi – 10.30 pagi

Sidang Pleno: Situasi Ekonomi Negara: Cabaran serta Halatuju Profesional & Rakyat

10.45 pagi – 11.45 pagi

Townhall Profesional Muda

12.00 tengah hari – 1.30 tengah hari

Pendaftaran

Jom Profesional Muda, posisikan peranan anda sebagai profesional dalam diskusi serta perkongsian idea di
Konvensyen Profesional Malaysia 15 Julai 2023 ini. Daftar sekarang di butang berikut:

K-Pro 2.0 | Pencalonan Anugerah Ikon Profesional

Sempena Konvensyen Profesional Malaysia 2.0 (K-Pro 2.0) yang akan berlangsung pada 15 Julai 2023 (Sabtu), professional yang cemerlang dan berketerampilan bakal dinobatkan dengan anugerahIkon Profesional mengikut kategori berikut:

1. Ikon Profesional Muda
2. Ikon Profesional
3. Ikon Profesional Huffaz

Anda semua dialu-alukan untuk menamakan calon yang berpotensi. Calon Ikon Profesional ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia!