My First Step

Alhamdulillah.

Selesai posting pertama. 4 bulan di Jabatan Obstetrics & Gynaecology (O&G).

 

Teringat saat melangkah kaki ke hospital buat pertama kali sebagai seorang Pegawai Perubatan Siswazah. Satu amanah dan tanggungjawab yang besar. Tak sangka sudah tiba masaku untuk berbakti.

Pengalaman posting pertama? Mendebarkan! Haha.


Di Jabatan O&G,
you have to be prepared for emergency cases. Itu yang buatkan saya selalu rasa berdebar. Tetapi apabila saat bayi selamat dilahirkan, felt excited and relieved!


Thank you to all my specialist and MOs for all the teaching and guidance.
To my colleagues, you guys are the best!


Selesai posting pertama ini, buatkan saya terfikir. Apa sebenarnya yang menyuntik semangat saya untuk terus bekerja. Saya bukanlah di antara top student semasa zaman belajar dulu. Terkial-kial untuk faham. Saya pun baru sahaja empat (4) bulan bekerja. But I wanna share jugak, what are things that really help me to go through my first posting!

1.NIAT

Mungkin dengar macam cliché. Tapi percayalah, ia sebenarnya penting untuk pandu hidup kita. Saya sendiri juga struggle untuk ingatkan diri supaya setiap hari pasangkan niat bekerja ini untuk Allah. Bukan hanya sekadar menanti gaji masuk hujung bulan, atau hanya ingin sekadar carry out plan untuk pesakit. Pernah satu masa rasa penat bekerja. Tapi bila fikirkan kenapa sebenarnya aku ada disini, itu yang membuatkan rasa ingin terus bekerja. Rasa lemah semangat, rasa nak berhenti, perlahan-lahan hilang. Sebab bila kita tahu kita buat ini untuk siapa. Nak mengalah lagi ke?

 

2. IBADAH

Yang kedua ini sangat penting. Ibadah solat terutamanya. Pernah juga saya tertinggal solat lima waktu kerana terlalu sibuk, kadang-kadang terpaksa masuk dewan bedah ataupun perlu selesaikan kes emergency terlebih dahulu. Sedih rasa kerana tertinggal ibadah utama kita sebagai umat Islam. Tapi itulah hakikat kita sebagai frontliner. Tapi jangan pula kita tinggalkan solat secara sengaja. Buat–buat sibuk. Jagalah solat. Kadang-kadang memang banyak plan yang kena carry out. Bukan semua urgent. Kena pandai bergilir-gilir dengan rakan sekerja untuk pergi solat.

Saya tahu, lagi-lagi bagi HO yang baru (saya la tu). Ada rasa janggal untuk keluar tinggalkan kerja atau pesakit. That’s why we work as a team. If it is not urgent, please fulfil your duty as a muslim. Kita jaga Allah, Allah akan jaga kita. Solat itulah sebenarnya waktu untuk kita rehat dan tenangkan diri. Nasihat untuk saya dan semua di luar sana. Jangan tinggal solat ya!

Haa satu lagi jangan lupa juga untuk baca Al Quran. Selitkan jugak walaupun dalam kesibukan dan kepenatan. Niat kerja kita sebagai satu ibadah untukNya. Untung sebenarnya jadi doktor ni. Setiap langkah kita untuk bantu pesakit dan memberi penjagaan yang terbaik kepada mereka. Itu juga dikira ibadah. MashaAllah. Seronok bukan! Itu lah yang buatkan saya rasa terus bersemangat nak menjalani kehidupan sebagai seorang houseman.

3. GIGIH/USAHA

Bila baru jadi HO ni, banyak sangat benda tak tahu. Beza sangat-sangat waktu belajar dengan waktu bekerja ni. Huhu. Kena belajar pasal system hospital, management plan utuk pesakit dan banyak lagi. Alhamdulillah, saya ni jenis suka bertanya kalau saya tak faham. Senior HO lah tempat saya bertanya sekecil-kecil perkara. I am thankful for having them. Willing to answer each of my questions. Hehe.

Pagi-pagi kalau jaga ward kena review patient. Kalau ramai, kena datang awal. Pernah ja saya datang seawal lima pagi untuk fahamkan case semata-mata. Balik lewat untuk bantu HO oncall sebab terlalu ramai pesakit. Kena curi masa untuk study. Kadang-kadang tak sempat makan dan tak cukup tidur. Alhamdulillah, syukur untuk pengalaman ini. Semoga saya terus gigih untuk menjadi yang terbaik. Untuk Ummah!

 

4. GOOD SUPPORT SYSTEM

Nak share one more thing. Bila kita baru nak adapt dengan suasana kerja yang baru ni , macam-macam kita fikir dan rasa. Ada orang dapat adapt dengan cepat dan mudah. Ada pula yang ambil masa dan struggle untuk settlekan kerja. Please talk and share with someone. Kawan baik, keluarga atau pasangan. Ia sangat membantu. Jangan biarkan rasa terbeban seorang diri. Alhamdulillah syukur, Allah kurniakan saya orang-orang yang sentiasa beri sokongan. Terima kasih semua.

Menangis dan minta pertolongan itu bukannya tanda kita lemah dari yang lain. Setiap orang diberi kekuatan dan kelemahan tertentu. Cari titik kekuatan kita supaya ia membantu kita menjadi seorang doktor yang lebih hebat dan lihat juga kelemahan diri kita supaya dapat diperbaiki kelemahan tersebut.

 

Sujud dan merintihlah kepadaNya.

 

“Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram”.  (Surah ar-Ra’d, ayat 28)

 

My strength, every single day.

 

“.. dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya”. (Al Ghafir ayat 44)

 

Bagi adik-adik yang bakal masuk HO nanti, all the best!

 

Untuk yang tengah buat HO sekarang ni, lets struggle together!

 

 

Till we meet again.

Dr. Mawaddah,
Kluster Kesihatan JPro DPPM

Penulis telah menamatkan pengajian MBBS pada tahun 2019 dan kini sedang mengharungi latihan siswazah

Comments are closed.