JPro

PAS ALOR GAJAH KETENGAHKAN CALON TEKNOKRAT

Seorang pemegang Ijazah dalam bidang Sains Gunaan dan Kimia Analisis dari Universiti Sains Malaysia (USM), Tuan Ja’afar bin Othman kini menyandang jawatan sebagai seorang Pengarah Urusan bagi sebuah syarikat perunding keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang banyak menfokuskan penaksiran risiko kimia.
 
Pelbagai sumbangan yang telah beliau buktikan dalam kerjaya, antaranya dianugerahkan beberapa sijil yang melibatkan DOSH dan juga terlibat dalam pembentukan modal insan seperti latihan keselamatan dan kesihatan.
 
Oleh kerana Tuan Ja’afar bekerja dalam bidang analisis kimia, beliau mempunyai keupayaan penyelesaian masalah (Problem Solving), pengurusan masa yang berkesan (Time Management) dan Pengurusan Risiko (Risk Management) yang boleh dimanfaatkan untuk pentadbiran Negeri Melaka.
 
Walaupun berada dalam golongan Teknokrat, beliau sangat dekat dengan institusi masjid dan surau dan kini masih menjadi AJK Surau Al-Ehsan Bukit Tambun dan AJK Masjid An-Naim Durian Tunggal. Malah dengan keterlibatan beliau yang aktif di mata masyarakat, beliau juga turut menyumbang sebagai penolong setiausaha bagi Persatuan Taman Murai Jaya dan Penolong Pengerusi bagi JPKK Bukit Tambun Utara.
 
Berbekalkan kepakaran dalam bidang kimia dan sikap mesra rakyat yang ditunjukkan, beliau mampu menjadi seorang pemimpin yang cemerlang di Melaka khususnya di Durian Tunggal. Ini telah ditunjukkan melalui pencapaian yang telah beliau capai dan InsyaAllah Durian Tunggal bakal menerima pembaharuan dari masa ke masa bergerak ke arah yang lebih baik.

Ditulis oleh

10 November 2021