JPro

SELAMAT KE VAKSIN mRNA?

Ramai yang bertanya selamat ke Vaksin mRNA COVID19? Ada yang sebut vaksin ni ada unsur babi dalam tu. Ada pula yang kata dalam vaksin tu ada mikrochip. Betul ke.

Tahukah anda, vaksin mRNA ni walaupun baru diperkenalkan, namun kajian terhadap mRNA vaksin telah dijalankan sejak tahun 2005 lagi oleh Katalin Kariko, biochemist dari Hungary. Dialah orang pertama yang keluarkan teori mRNA apabila dimasukkan ke dalam sel akan menghasilkan satu protein yang berguna dalam tubuh.

Prinsip asas mRNA vaccine adalah hasilkan kod untuk protein S SARS-Cov-2 (virus COVID 19). Protein ini akan mengikat virus yang baru masuk ke dalam tubuh. Oleh itu, antibodi akan bertindak mengesan virus dan menghalang virus dari menjangkiti sel-sel lain dalam tubuh.

Ini antara 3 kelebihan mRNA vaksin,
1. Kaedah ini lebih selamat dan tiada unsur syubhat dalam penghasilan vaksin. mRNA vaksin tidak memerlukan virus untuk dibiakkan dalam sel media contohnya sel janin atau sel haiwan. So, kat mananya unsur babi dalam vaksin ni.

Vaksin mRNA hanya perlukan kaedah synthesis protein S dari virus SARS-Cov-2. Vaksin ini pun hanya terdiri daripada RNA dan lipid bubble. Tiada unsur protein lain dalam vaksin ni ye. Mikrochip lagilah takde.

2. Dalam mRNA vaksin tiada preservative. Dalam vaksin biasa preservative digunakan untuk menjaga vaksin daripada bacterial contamination. Ada pula yang kata ambil vaksin menyebabkan autism. So, tiada preservative jadi mRNA vaksin lebih selamat dari vaksin biasa.

3. Info yang paling penting, mRNA akan dimusnahkan selepas maklumat asas telah dipindahkan kepada sel tubuh. Proses ini juga hanya berlaku di dalam sel membrane sahaja. mRNA tidak akan masuk kedalam sel nukleus dan tidak akan menjejaskan DNA tubuh.

Konklusi, mRNA vaksin selamat, berkesan dan stabil. Setiap vaksin yang dibangunkan mesti melalui proses ini, ianya perlu disahkan keselamatan, keberkesanan dan kestabilan bahan yang digunakan. Begitu juga dengan pembuatan vaksin-vaksin lain

Dapatkan maklumat vaksin yang tepat dari ahlinya. InsyaAllah harap-harapnya selepas program vaksinisasi berjalan pandemik ini boleh ditamatkan dan kita boleh kembali kepada kehidupan seperti sediakala.

Ditulis oleh

Dr Tengku Muhammad Fakhruddin
Kluster Kesihatan,
Jabatan Profesional Muda, JPro
Penulis merupakan lepasan sarjana kesihatan awam yang sedang menyambung Doktorat Kesihatan Awam.

17 Februari 2021