SPM: Kemana Hala Tuju Selepas Ini?

Tahniah buat adik-adik yang telah pun menerima keputusan SPM hari ini. Insya Allah, dalam perkongsian hari ini, JPro ingin berkongsi 12 laluan hala tuju selepas SPM. Tentunya kesemua 12 laluan ini bergantung kepada keputusan SPM dan aliran yang telah dipilih. 

1- Tingkatan Enam (PRA U) untuk ambil STPM; 

2- Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) untuk aliran agama; 

3- Kursus Persediaan Luar Negara untuk pelajar cemerlang. Contoh; Ambang Asuhan Jepun; 

4- Matrikulasi berdasarkan bidang Kejuruteraan, Sains Tulen atau Perakaunan; 

5- Asasi berdasarkan Universiti yang dimohon; 

6- Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bagi pilihan Institut Perguruan; 

7- Diploma IPTA; 

8- Diploma Politeknik; 

9- Diploma IPTS; 

10- Diploma / Siji Kemahiran di Institut Latihan Kemahiran Awam; 

11- Latihan Separa Perubatan bertaraf Diploma untuk Jururawat / Penolong Pegawai Perubatan / Juru X Ray 

12- Bekerja.

Antara bidang/kursus profesional perakaunan yang ditawarkan ialah CAT, ACCA, CIMA, ICAEW dan sebagainya, tertakluk kepada kelayakan minimum untuk mendaftarkan diri.

Ariffudin Bin Dzulkhefli,
Kluster Pendidikan JPro DPPM

Penulis merupakan Ketua Kluster Pendidikan JPro (KPD) dan juga seorang guru yang komited dalam memberi ilmu kepada masyarakat.