Unified Muslim Cryptocurrency (UMC) Antara Negara-Negara Islam & Timur Tengah

Semasa sidang Summit KL pada Disember 2019, Perdana Menteri ke-8 Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengalu-alukan cadangan untuk mewujudkan Cryptocurrency antara negara-negara Islam [1] [2] [3] [4]. Idea ini telah di persetujui oleh wakil pemimpin yang hadir semasa sidang tersebut iaitu Iran dan Turki. 

Sistem Cryptocurrency antara negara-negara Islam boleh berlaku kerana sudah ada negara yang telah membina infrastruktur ini iaitu Israel. Israel sudah mempunyai kekuatan infrastruktur dalam sains komputer, dengan mewujudkan Cryptocurrency khas antara Israel dan Amerika iaitu Zcash [6]. ZCash Cryptocurrency mempunyai kehebatan protokol iaitu Zero Knowledge Proof yang boleh membuat transaksi tanpa perlu mendedahkan data peribadi secara keseluruhan dan ia lebih selamat. Perkara ini tidak menghalang untuk negara-negara Islam mengkaji lebih mendalam untuk menggunakan Zero Knowledge Proof sebagai salah satu features.

Selain feature ZKP, feature yang boleh difikirkan untuk dikaji ialah Smart Contract. Smart Contract merupakan salah satu feature di dalam Ethereum Blockchain yang boleh membuat kontrak digital di dalam Ethereum Cryptocurrency. Pelaksanaan kontrak digital dapat dilaksana secara automatik dengan kod programming. Smart Contract akan bertindak mengikut pada perjanjian yang telah di putuskan. Jadi pihak bersetuju perlu mengikut syarat-syarat yang ditetapkan untuk membuat satu perjanjian yang sah. [5] il.

Juga terma yang popular untuk permulaan projek Cryptocurrency iaitu ICO atau nama panjangnya Initial Coin Offering. ICO merupakan terma apabila sebuah projek yang baru ingin mendapat dana iaitu membuat seed funding ataupun crowd funding. ICO boleh mengikut pada tujuan projek tersebut. Boleh jadi tujuan ICO adalah untuk pembangunan reka cipta ataupun inovasi teknologi dalam cryptocurrency tersebut ataupun cadangan pembangunan sistem berkebajikan wakaf. Token ataupun nilai yang digunakan dan boleh ditetapkan mengikut kepada projek tersebut. Nilai token itu tidak semestinya mempunyai nilai currency duit tetapi boleh jadi hanya mewakilkan sesuatu. Jadi dalam situasi ini kita boleh mengkaji token tersebut bagaimana kesesuaiannya untuk pembangunan projek berkonsep wakaf. Dubai telah mengambil strategi proaktif untuk negara mereka menggunakan Blockchain pada tahun ini. [6]

Idea ini masih boleh di inovasi dan di kembangkan supaya teknologi ini boleh dipakai bukan hanya di Malaysia malah global. Sewajarnya kementerian mempunyai rundingan bersama antara negara di bawah sektor kesihatan, alam sekitar, teknologi & inovasi agar kita dapat menangani masalah sekatan ekonomi & peperangan di luar negara terutamanya Syria, Palestin, Yemen. Tidak lupa juga kebergantungan kepada aspek keselamatan data, kepantasan transaksi dan keberhasilan tujuan projek tersebut. Unified Muslim Cryptocurency(UMC) boleh dijadikan satu Cryptocurrency khas antara negara-negara Islam yang boleh menguatkan ekonomi tanpa perlu bergantung kuasa VETO.


RUJUKAN

[1] M. H. Kamali, “Unified currency for Muslim countries,” International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia, 2 March 2020. [Online]. Available: https://www.nst.com.my/opinion/columnists/2020/03/571104/unified-currency-muslim-countries. [Accessed 10 October 2020].

[2] R. RAHIMY and C. CLARISSA , “Dr M welcomes cryptocurrency,” The Star, 20 December 2019. [Online]. Available: https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/12/20/dr-m-welcomes-cryptocurrency. [Accessed 14 October 2020].

[3] A. Wright and P. D. Filippi, “Digital Currencies and Decentralized Payment Systems,” in Blockchain and the Law: The Rule of Code, Cambridge, Harvard University Press, 2018, p. 1298.

[4] A. Yusof, “United cryptocurrency proposed for Muslim nations,” New Straits Times, 20 December 2019. [Online]. Available: https://www.nst.com.my/news/nation/2019/12/549413/united-cryptocurrency-proposed-muslim-nations. [Accessed 14 October 2020].

[5] R. D. Caria, “The Legal Meaning of Smart Contracts,” European Review of Private Law 6, vol. 6, pp. 731-752, 2019. 

[6] “BLOCKCHAIN,” Smart Dubai, 2020. [Online]. Available: https://www.smartdubai.ae/initiatives/blockchain. [Accessed 17 October 2020].

Muhammad Izdihar B Sahalan,
Kluster Teknologi Maklumat JPro DPPM

Penulis merupakan pelajar Master (Research), di Perdana School Science, Technology and Innovation Policy, Universiti Teknologi Malaysia

Comments are closed.