JPro

10 TIPS MENJADI INTERN 'RARE'

Kat ofis saya tak kurang 10 orang intern daripada universiti awam atau swasta, luar dan dalam negara yang kebanyakkannnya daripada pengajian kejuruteraan. Ada yang akan berpraktikal selama 3 bulan dan ada yang 8 bulan. 😀

Sejarah kami menerima intern, yang beisyer2 ni ramai la. Bergaul dalam kelompok intern, duduk di satu sudut buat kerja senyap2, menunggu arahan supervisor yang kebanyakkan masa sibuk. Kehulu kehilir buat2 sibuk pon ada. Macamla aku tak pernah jadi intern, haha..😎

Tapi ada kes yang sangat ‘rare’ apabila kami pernah menerima intern yang ada self drive, menghasilkan kerja yang kualitinya bertaraf pekerja tetap sehinggakan orang menyangkakan dia adalah pekerja di Jabatan kami. So kali ni saya nak share la 10 tips2 menjadi intern ‘rare’ ni khusus untuk yang dok tengah praktikal atau yang akan menjalani praktikal. 😲😲

Sebelum memulakan praktikal:

1. Intern ‘rare’ akan buat research dulu, intern beisyer2 akan redah dan redha je..Mcmana nak buat research?

• mulakan dengan memahami visi dan misi syarikat
• kemudian memahami fungsi Jabatan dimana kita berpraktikal dan bagaimana Jabatan tersebut mendokong visi dan misi syarikat
• cari mereka yang bekerja disitu atau senior yang pernah berpraktikal disitu
• tanya kepada mereka bagaimana suasana di ofis dan bagaimana mereka bekerja

2. Intern ‘rare’ akan set expectation mereka, intern beisyer2 bergantung kepada expectation supervisor

• Senaraikan perkara yang anda mahu pelajari yang berkaitan dengan jurusan anda.
• Ingat, ini latihan praktikal, bukan latihan teoretikal. Anda mahu mempelajari bagaimana sesuatu teori dipraktikan dalam ‘real world
• Jika anda banyak perkara yang hendak dipelajari, susun ikut Keutamaan dan sesuaikan dengan tempoh praktikal

Semasa praktikal:

3. Intern ‘rare’ first day jumpa supervisor dalam keadaan best appearance dan bersedia dengan expectation, intern beisyer2 datang jumpa supervisor dalam keadaan setting bersedia menerima arahan.

• Ingat, “first impression everlasting”. Fikirkan bagaimana menjadikan pertemuan pertama dengan supervisor diingati dan impactful. Contohnya bagi kad beserta coklat dengan mesej “saya sangat teruja untuk belajar sebanyak mungkin daripada encik, harap encik sudi melatih saya dan bersabar dengan saya”.

4. Intern ‘rare’ akan cuba selarikan expectationnya dengan expectation supervisor, intern beisyer2 akan ikut je expectation supervisor.

5. Intern ‘rare’ setiap kali diberikan tugas, mereka akan buat expectation paperwork atau contractual paperwork, intern beisyer2 tulis dalam buku, balik tempat dan terus laksanakan tugasan.

Expectation atau contractual paperwork ni akan senaraikan objektif tugasan, apa yang bakal dipelajari dan tempoh masa
• Ini penting untuk selarikan expectation intern dan supervisor.

6. Intern ‘rare’ akan sediakan lesson learnt untuk setiap tugasan, intern beisyer2 akan sediakan laporan

• Bezakan antara laporan dan lesson learnt.

7. Intern ‘rare’ fokus kepada simplification, intern beisyer2 focus untuk ikut proses.

• Intern ‘rare’ memahami matlamat dan tujuan tugasan dan memikirkan cara terbaik untuk menyelesaikan tugasan
• Intern beisyer2 hanya follow proses dan kebanyakkan masa tak paham apa yang hendak dicapai.

8. Intern ‘rare’ akan buat persediaan sebelum hadir ke mesyuarat atau sesi perbincangan, intern beisyer2 masuk dan hanya memerhati perbincangan

• Ini membolehkan kita memahami apa yang dibincangkan dan terlibat dalam perbincangan

9. Intern ‘rare’ akan ambil perincian mesyuarat dan cuba menyimpulkan kefahaman tentang apa yang dibincangkan, intern beisyer2 tulis apa yang dia faham.

10. Intern ‘rare’ fokus kepada content dan keberkesanaan pembentangan, intern beisyer2 focus kepada perkara kurang penting

• Dalam persediaan untuk pembentangan (presentation), kita memahami secara detail perkara yang hendak dibentang tetapi tidak semua perincian perlu dimasukkan.
• Fokus kepada perkara fundamental yang menjurus kepada disiplin kita.
• Berlatih untuk pembentangan sebelum hari sebenar.
• Inilah masa anda mengasah skill pembentangan anda yang akan menjadi salah satu skill penting dalam alam pekerjaan.

Semoga beroleh manfaat dari tips yang saya kongsikan ini. Jika anda intern ‘rare’ yang saya cari, bolehlah bertanya diruangan komen dan share post ini..

Selamat berpraktikal!

Ditulis oleh

Yang bercadang nak jadi supervisor
Penulis merupakan Jurutera Profesional lulusan Universiti Teknologi Petronas. Bekerja di syarikat gas dan multinasional PETRONAS selama 18 tahun sehingga kini. Merupakan Pengarah Komunikasi Dewan Pemuda PAS Malaysia.

6 Ogos 2019