JABATAN PROFESIONAL MUDA (JPro)
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
Menggembleng tenaga profesional untuk membina Malaysia yang lebih baik.
Tentang Kami
Pasukan kami terdiri daripada tenaga profesional dalam pelbagai bidang yang merangkumi 11 buah kluster. Kami berkumpul dengan satu matlamat untuk MEMBINA Malaysia yang lebih baik.
Kami membuka pendaftaran kepada mereka yang berminat bersama kami bagi MENINGKATKAN ilmu, kemahiran dan kompetensi; serta MENYUMBANG idea, pandangan, maklumat, pengalaman dan kepakaran; di samping meluaskan jaringan kenalan berdasarkan kluster profesion.

Logo Rasmi JPro
Jabatan Profesional Muda, Dewan Pemuda PAS Malaysia
- Visi
Peneraju komuniti profesional muda yang berpengaruh serta menjadi rujukan dalam pelbagai bidang.
- Misi
- ⨠ Menyediakan sumber manusia bagi profesional muda PAS.
- ⨠ Memobilisasi profesional muda untuk menyumbang kepakaran kepada PAS secara strategik melalui latihan yang efektif.
- ⨠ Membantu PAS menjadi kerajaan yang kompeten dan berkredibiliti yang mampu membawa solusi yang komprehensif melalui kepakaran dalam pelbagai bidang.
- ⨠ Berusaha membawa makna baru kepada masa depan kepimpinan negara.
- Objektif
Pengambilan
Mengurus pengambilan tenaga profesional dalam kalangan ahli PAS serta bukan ahli PAS
Pembangunan
Menyediakan latihan kepada tenaga profesional bagi peningkatan kompetensi dan pembinaan kerjaya ke arah membantu pemegang taruh di dalam PAS
Perkhidmatan
Mengurus tenaga profesional dan kepakaran untuk manfaat PAS
ORGANISASI JPro SESI 2021-2023
Exco JPro Pusat

Ketua Kluster Profesional JPro

Pengarah JPro Negeri
