JPro

Program bual bicara secara langsung disiarkan di Media Sosial JPro bersama panel-panel yang berpengalaman dengan membincangkan topik-topik isu semasa. Program terbuka kepada semua.

Program seminar yang menampilkan panel-panel yang berkredibiliti bagi mengupas perkembangan isu semasa kerjaya dengan pendekatan lebih rasmi selama separuh hari atau sehari penuh.

Activate Circle adalah sebahagian program Knowledge Management Series yang membincangkan topik semasa berkaitan profesional PAS dan isu semasa dengan lebih mendalam bersama tokoh-tokoh teknokrat yang dijemput khas. Program eksklusif, khas untuk ahli Kluster Profesional JPro yang berdaftar sahaja.

Program talk bersama speaker yang hebat bagi berkongsi tentang pembangunan kerjaya secara santai selama 2 jam. Program eksklusif, khas untuk ahli JPro yang berdaftar sahaja.

Program latihan bersama trainer yang berpengalaman bagi meningkatkan kompetensi dengan kemahiran umum atau kemahiran khusus profesion dengan pendekatan pembelajaran yang lebih teknikal selama separuh hari atau sehari penuh. Terbuka kepada Ahli JPro dan Ahli PAS

Program latihan bersiri bersama trainer-trainer yang berpengalaman dan berkredibiliti bagi meningkatkan kompetensi dengan kemahiran umum dengan pendekatan pembelajaran yang lebih teknikal selama separuh hari atau sehari penuh. Terbuka kepada semua.

Sesi borak santai di antara ahli JPro mengenai pelbagai isu yang berkaitan bidang profesion masing-masing. Melalui sesi ini, ahli mendapat pendedahan lebih mendalam daripada ahli yang lebih mahir, berdebat secara sihat serta menyelaraskan pemahaman. Program ekslusif untuk ahli sub-kluster atau ahli kluster sahaja.