JPro

BERITA BAIK BUAT ANAK KEDAH DI PERANTAUAN YANG NAK PULANG BEKERJA DI KAMPUNG HALAMAN

1. MB berjiwa rakyat dan bersemangat kenegerian sebut “Kita ada pelan Kedah 2035, Kedah sejahtera yang berdaya huni. Makna orang boleh duduk di Kedah tak perlu pindah, tak perlu anak-anak kita berjauhan dari keluarga, tak perlu tinggal mak bapak pergi ke negeri lain cari rezeki. Kita nak rakyat Kedah duduk di Kedah, bekerja di kedah, cari rezeki di Kedah, rapat dengan mak ayah dia, jaga anak-anak dia, semua ini akan kita capai, kita target tahun 2035. Kita akan capai Kedah sejahtera dan berdaya huni ini dengan kerja keras kita”.
 
Pelan Kedah 2035 ini direaliasasikan berpandukan 6 teras yang mencakupi aspek sosial, ekonomi, kompetensi tadbir urus, modal insan dan kelestarian alam sekitar.
 
2. Kedah jadi tumpuan pelabur dari seluruh dunia untuk industri pelaburan dengan sasaran RM10 bilion setahun.
 
Setiap kali pelaburan masuk, maka akan wujud peluang pekerjaan baru.
 
Bila pelaburan masuk, maka akan masuk sekali prasarana, perumahan, infrastruktur serta kemudahan lain.
 
100 ribu peluang pekerjaan berdaya saing akan diwujudkan dalam tempoh 30 tahun.
 
Antara projek-projek yang akan jana peluang pekerjaan:
 
• Kedah Rubber City (KRC) menjelang 2025 akan mampu tarik pelaburan mencecah RM 10 bilion (kini telah terima 2.2 bilion) dan mewujudkan 15 ribu peluang pekerjaan baru.
 
• Kedah aerotropolis pula yang akan dilengkapi dengan Hab logistik, Aeroangkasa dan Pembuatan Sidam (SLAM) selaku hab kargo dan pusat penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih pesawat (MRO) bagi rantau Asia.
 
• Projek Kulim aerotropolis ini akan membuka sebanyak 42 ribu peluang pekerjaan dalam tempoh 30 tahun.
 
• Kulim Hi Tech Park (KHTP) dimana fasa 4A dan 5 dibuka membuka sebanyak 15 ribu peluang pekerjaan.
 
• Kubang Pasu Kedah Science & Technology Park membuka 23 ribu peluang pekerjaan.
 
• Kota Perdana Special Border Economic Zone membuka peluang 20 ribu peluang pekerjaan.
 
• Termasuk beberapa lagi projek mega dianggarkan jumlah peluang pekerjaan sebanyak 116 ribu.
 
Trek rekod Kedah telah mencatat kejayaan pelaburan yang diluluskan berjumlah RM68.3 bilion daripada RM306.5 bilion yang diterima Malaysia pada 2021. Ianya adalah kedua tertinggi selepas Pulau Pinang RM83.5 bilion, dimana Wilayah Persekutuan dan Selangor masing-masing di tempat ke-3dan ke-4 dengan angka RM37.7 bilion dan RM28.8 bilion setiap satu.
 
3. Manifesto PRN kali ini Perikatan Nasional Kedah akan menyediakan 100 ribu peluang pekerjaan berdaya saing dalam tempoh 30 tahun melalui pelaburan dan pelaksanaan projek berimpak tinggi termasuklah projek yang telah dirancang oleh kerajaan seperti KRC, Kedah Aerotropolis, Zon Ekonomi sempadan Khas Delapan (SBEZ), Taman Sains dan Teknologi Kedah (KSTP), dan KHTP.
 
12 Ogos ni, kita undi PN untuk peluang pekerjaan yang lebih baik!

Ditulis oleh

Dr. Abu Affan
Ahli Kluster Kesihatan
Jabatan Profesional Muda DPPM
Penulis mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Perubatan dan berkhidmat di Hospital di Kedah.

7 Ogos 2023