JPro

ACTIVATE CAFE: DEPRESI: SOLUSI BANGKIT DIRI

Sepanjang wabak COVID-19 ini melanda, adakah anda ataupun keluarga serta rakan-rakan anda pernah mengalami depresi?

Kehilangan kerja, masalah kewangan dan hilang tempat bergantung antara punca anda mengalami depresi?
 
Pada Jun lepas, dilaporkan seorang ahli perniagaan berusia 26 tahun dari Butterworth terjun dari bangunan disebabkan kemurungan akibat gagal dalam perniagaan.
 
Kes yang berlaku ini bukanlah kes kecil dan terpencil. Ini kerana sepanjang wabak COVID-19 melanda negara kita, data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini mendedahkan 91.2 peratus daripada 100,000 panggilan yang diterima daripada talian bantuan sokongan dan psikososial, memerlukan sokongan emosi dan kaunseling.
 
🫂 Apakah maksud depresi?
🫂 Bagaimanakah cara untuk mengesannya dari awal?
🫂 Apakah langkah pencegahan yang boleh diambil?
🫂 Adakah panduan untuk mengawal depresi mengikut Islam?
Aiman Amri

16 Julai 2021
(Jumaat)

9.15 malam

Live Facebook