JPro

KENALI KARAKTER MANUSIA DALAM KERJAYA

Berdasarkan Teori Holland yang dipelopori oleh John Lewis Holland iaitu seorang Pakar Psikologi yang berasal daripada Amerika Syarikat.

Setiap orang tentu memiliki karakter atau keperibadian yang berlainan dan setiap karakter itu adalah bersesuaian dengan bidang kerjaya tertentu. Setiap bidang pekerjaan tersebut mampu memberikan latar dan suasana kepada karakter manusia itu sendiri. Mengikut teori ini, karakter manusia dalam bidang pekerjaan ini dibahagikan kepada enam personaliti iaitu Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, Interprising dan Convensional.

1. Realistic
Realistic adalah orang yang suka akan kerja yang menggunakan keupayaan fizikal dimana ianya melibatkan tenaga individu itu sendiri. Kebiasaanya individu golongan ini mempunyai kemahiran mekanik dan keupayaan fizikal. Mereka menggemari aktiviti kerja di luar di mana individu seperti ini suka bekerja menggunakan peralatan dan mesin. Perwatakan seseorang bagi golongan ini adalah seorang yang pemalu dan teliti.

2. Investigative
Individu ini suka mengkaji dan suka mengambil tahu sesuatu perkara. Inspektor, pembantu makmal, juruteknik perubatan merupakan antara contoh bidang pekerjaan yang diceburi oleh golongan ini. Mereka mempunyai kemahiran ilmu asas seperti sains dan matematik. Karakter ini lebih memilih untuk bekerja sendirian, duduk berseorangan di dalam makmal dan suka mengkaji dan menyelesaikan sesuatu masalah. Kebiasaanya mereka mudah berfikir dan mengkaji persekitaran harian. Perwatakannya adalah seorang yang berhati-hati serta berpegang pada fakta dan logik.

3. Artistic
Karakter ini lebih kepada bidang kesenian dimana individu ini gemar dengan perkara-perkara yang berseni. Contoh golongan ini biasanya terdiri di kalangan pemain muzik, penari dan penyanyi. Mereka mempunyai sikap yang lebih kreatif dan mempunyai keunikan tersendiri. Mereka juga bersifat lebih terbuka dalam menerima sesuatu dan sering menonjolkan sifat sebenar mereka.

4. Social
Individu yang mempunyai karakter ini adalah dari kalangan guru dan penceramah misalnya. Mereka gemar bekerja dengan manusia, duduk bersama orang dan lebih suka mengambil tahu tentang orang lain. Kebiasaannya mereka lebih bertenaga dan lebih aktif apabila bersama dengan orang. Individu yang memiliki karakter ini juga bersifat ekstrovet dimana mereka lebih peramah, pemurah, idealistik dan mudah untuk memberi kerjasama. Golongan ini kita dapat lihat di kalangan guru, kaunselor dan jururawat.

5. Enterprising
Pada kebiasaanya golongan ini terdiri di kalangan usahawan, penyelia dan ahli politik. Mereka lebih cenderung untuk mempengaruhi manusia. Dalam kata lain, mereka suka bercakap di depan orang lain dan suka memimpin. Mereka lebih suka bekerja dengan orang ramai dan idea berbanding dengan benda. Perwatakan bagi golongan ini adalah mereka lebih peramah, suka menerima cabaran serta mempunyai keyakinan dan cita-cita yang tinggi.

6. Conventional
Kerani dan juruwang adalah contoh bagi golongan ini. Mereka adalah orang yang teliti dan tersusun. Karakter ini lebih suka menerima arahan daripada memberi arahan. Seseorang yang memiliki karakter ini suka akan kerja-kerja pejabat dan gemar merancang. Mereka sukakan tugasan yang melibatkan perkataan dan nombor. Perwatakan bagi karakter ini adalah mereka lebih berhati-hati, cekap dan tekun apabila melakukan sesuatu pekerjaan.

Kesimpulanya, teori Holland ini dapat diaplikasikan dengan baik jika kita memahami konsepnya yang bersesuaian dengan bidang kerjaya yang diceburi. Selain itu juga, kita dapat mengenalpasti bidang kerjaya kita yang bersesuaian dengan persekitaran kerjaya yang diceburi.

Ditulis oleh

Afiq Hizami
Kluster Sains Sosial
Jabatan Profesional Muda, DPPM
Penulis merupakan ahli Kluster Sains Sosial, JPro. Beliau merupakan seorang kaunselor di salah sebuah sekolah di Jitra, Kedah.

1 Mei 2020