JPro

MENGANALISA DATA, MUHASABAH BUAT DIRI UNTUK TERUS BERKHIDMAT

Maksud Kemerdekaan
 
Menurut Maulana Syeikh Dr. Yusri Jabr Alhasani “Kemerdekaan yang sesungguhnya adalah membebaskan diri pada sesuatu yang menyibukkan dirimu dari selain Allah. Maka engkau menjadi hamba Allah yang murni, bukan hamba harta dan benda, hamba jabatan, hamba rakus dunia. Tetapi jadilah hamba Allah maka Allah memerdekakanmu dari Hamba dunia dan nafsu.”
 
Zahirnya kita nampak sedang sibuk dengan dunia, hakikatnya pada hati niat semata-mata untuk Allah SWT.
 
Kerjaya
 
Bergraduan 2019, hampir tiga tahun berada dalam dunia “Big Data” Alhamdulillah kini bekerja sebagai “Data Analyst” di sektor Pendidikan Swasta di Kuala Lumpur.
 
Dengan kepercayaan bahwa Allah adalah Al-Mudabbir (Maha Merencanakan dan Mengatur) dan Al-Mufassil (Maha Memerinci) maka saya mengubah niat dari mencari kerjaya untuk diri sendiri dan berusaha mencapai gaji yang tiada sekatan kepada niat untuk mencari rezeki yang halal dan membantu menyelesaikan tuntutan fardu kifayyah sebagai seorang Muslim.
 
Apakah Tugas Analisa Data?
 
Kini berada di dalam industri Pendidikan, pekerjaan sebagai “Data Analyst” ini boleh diibaratkan sebagai barisan belakang, manakala pensyarah merupakan barisan hadapan yang menjadi tunjang industri Pendidikan Negara.
 
Kedua-duanya memberi sumbangan kepada pembangunan negara dalam melahirkan Mahasiswa yang kompenten dan berdaya saing.
 
Analisis data adalah suatu proses pembersihan data, menghubungkaitkan setiap data, menyemak ketepatan data (Data validation) yang kemudiannya memudahkan user(pengguna, ahli dalam syarikat) dalam membuat keputusan.
 
Bermula dengan pembinaan data pipeline (bagaimana data itu masuk melalui pembersihan Data Wrangling (Permbersihan Data) di database menggunakan Structure Queries Language (SQL).
 
Saya ambil contoh didalam skop bidang saya iaitu perlu menyediakan laporan yang interaktif, dalam erti kata lain data pelajar yang ratusan ribu itu diterjemahkan keatas sebuah kanvas graph yang mudah untuk dibaca bahkan boleh dianalisa merentasi masa. Sebagai contoh, Peratusan Pelajar yang lulus dalam peperiksaan. Data juga dapat diproses dengan lebih mudah melalui proses automasi (Direct Queries) menggunakan aplikasi PowerBI atau Tableau.
 
Sebenarnya amatlah Panjang proses menganalisis data ini, namun saya ringkaskan sahaja. Secara umumnya, kita sering diberi penekanan mengenai aspek teknikal, namun tidak lupa juga asas-asas nilai-nilai murni semasa melaksanakan apa jua jenis pekerjaan iaitu:
 
1) Sifat Itqan
 
Dalam dunia pekerjaan, agama mengajarkan kita untuk sifat itqan yakni bersungguh-sungguh. Daripada Aisyah rdh, bahawa Nabi Muhammad saw bersabda:
 
إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يُحِبُّ إِذَا عَمِلَ أَحَدُكُمْ عَمَلًا أَنْ يُتْقِنَهُ
 
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jal kasih apabila seseorang daripada kamu melakukan sesuatu amalan hendaklah buat secara tekun.”
 
2) Bertolak ansur
 
Bekerja dengan pelbagai bangsa, memerlukan kita untuk saling bertolak ansur dan saling menghormati. Kemerdekaan yang sebenar juga ialah kita mampu hidup dalam harmoni ketika mencari rezeki di bumi Allah swt yg maha luas.
 
3) Amanah
 
Berada dalam dunia “Big Data” secara spesifiknya sebagai “Data analyst” perlulah amanah dan jujur dalam menjaga privasi data. Adalah perlu untuk kita memahami bahawasanya penting untuk menjaga rahsia syarikat terutamanya apabila terlibat dalam menyediakan laporan kewangan syarikat (Penyata Pendapatan/Untung Rugi) atau data privasi iaitu maklumat peribadi pelajar, pensyarah, atau staff syarikat.
 
Ruang Lingkup Analisis Data
 
Sebagai seorang Data Analyst, seseorang berupaya menganalisa data untuk apa sahaja yang berkaitan pembangunan, ekonomi, sosio budaya mengikut bangsa malah lebih terperinci lagi dari itu. Dibawah adalah sebahagian data yang dihasilkan:-
 
Perubatan – Sewaktu berlakunya wabak Covid-19 melanda Malaysia, disinilah kemuncak penglibatan saya dalam bidang analisa data apabila terlibat dan menyampaikan Data-Covid dalam bentuk gambaran graph interaktif. Inilah adalah projek pertama dan akhirnya membuka minda saya untuk terus menceburi bidang ini.
 
Ekonomi – Dari segi pelaburan kewangan yang bersangkut dengan syarikat berupaya menganalisa sesebuah syarikat itu maju ke depan dan berdaya saing di peringkat global.
 
Pendidikan – seorang Data Analyst dapat membantu melihat operasi keseluruhan tiap fakulti yang mana dengan data yang dihasilkan dapat membantu pertumbuhan seseorang mahasiswa, bidang kursus yang patut di naiktaraf dari segi pembangunan pembelajaran mahupun modal insan.
 
Dan pelbagai bidang yang lain
 
Golongan Professional dan Pemimpin
 
Disinilah mahasiswa, rakyat Malaysia khasnya memerlukan paradigm shift bagi membuka pandangan luas apa yang di pelajari di universiti dan bertanya pada diri sendiri. Apakah sumbangan aku pada Agama, bangsa dan Negara. maka Fardhu Kifayah akan terlaksana dengan jaya nya. Itu lah erti Semangat Patriotik yang cintakan Agama, Bangsa dan Negara.
 
Buat semua, apa jua bidang pekerjaan yang kalian ceburi, semoga dipermudahkan segala urusan. Semuanya bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara.
 
Rujukan.

Ditulis oleh

Ikeyulestica Binti Sapril
Penulis merupakan peserta dalam pertandingan penulisan sempena hari kemerdekaan dan hari Malaysia anjuran JPro dengan tema #teguhmembinanegara.

2 Oktober 2022