JPro

PERBAHASAN LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA DI DEWAN RAKYAT ADALAH SUATU YANG JANGGAL DAN ANEH, SERTA MEMBUANG MASA. KENAPA?

1) Ia tidak pernah dilakukan sebelum ini, not even once in history. Perkara 107 Perlembagaan Persekutuan menyatakan, Ketua Audit Negara hendaklah mengemukakan laporan-laporannya kepada Yang di-Pertuan Agong dan hendaklah laporan itu “dibentangkan” di hadapan Dewan Rakyat. “Dibentangkan” tersebut, bermaksud dibentangkan sahaja atas meja ahli-ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat, bukan dibahas. Dan ia telah dilakukan pada 16 Februari yang lepas.
 
2) Siapa yang selalu baca Laporan Ketua Audit Negara, atau yang familiar dengan laporan audit, akan tahu apa isi kandungan laporan tersebut. Ia akan meletakkan dapatan Jabatan Audit terhadap perjalanan operasi dan perbelanjaan setiap badan dan agensi kerajaan. Dapatan tersebut adalah dapatan sepihak dari Jabatan Audit, berdasarkan fakta dan data yang dibekalkan kepada mereka.
 
3) Jadi, siapa yang perlu jawab semua dapatan ni? Ketua-ketua jabatan, badan dan agensi kerajaan. Sebab mereka yang mengepalai dan melaksanakan segala operasi dan perbelanjaan ni. Maka, bila ada dapatan dari Audit, mereka yang kena jawab, justify balik segala yang dibangkitkan kalau ada persoalan.
 
Dan semua jawapan dari Ketua Jabatan ini juga SUDAHPUN ADA dalam Laporan tersebut.
 
4) Makna kata, pihak berkepentingan dalam Laporan ini siapa? Ketua Audit Negara, dan ketua-ketua Jabatan ni lah. Depa lah yang kena explain balik semua dapatan dan maklumbalas agensi ni. Sebab laporan di depa yang buat. Bukan Menteri. Menteri tak tahu apa pun, kecuali setakat yang dibrief oleh ketua jabatan. Menteri ni kerja dia buat dasar, kerja operasi bukan tegas depa.
 
5) Soalan, jika Laporan ini dibahas di dalam Dewan, adakah Ketua Audit Negara, dan ketua-ketua Jabatan ni ada sekali? Tak! Pasal diorang bukan Ahli Parlimen/Senator! Maknanya, pihak berkepentingan dalam Laporan ini, tak terlibat sekali dalam perbahasan. Jadi, what’s the point kau berbahas? Dah jadi serupa bahas ayam itik. Syok sendiri!
 
6) Tapi Menteri kan Ahli Dewan, awat tak bagi Menteri yang jawab? Ok dekat sini menarik. First, ini Laporan pada tahun 2021. Maknanya kalau nak suruh Menteri yang jawab, Menteri yang kena jawab adalah Menteri pada tahun 2021! Masalahnya, adakah semua Menteri tahun 2021 akan terlibat? Tak, sebab bukan semua Menteri 2021 ada dalam Dewan sekarang. Ada yang kalah pilihanraya, ada yang dah bersara politik. Yang ada pun, semuanya dah jadi pembangkang (kecuali Tengku Zafrul, Shamsul Anuar itupun sekarang Timb Menteri, dengan Menteri-Menteri GPS).
 
7) So nak bagi Menteri yang sekarang tolong jawab? Ini lagilah janggal. Tahun 2021, depa ni semua MP Pembangkang. Takkan nak suruh Menteri-Menteri ni defend benda yang dia bangkang dulu. Habis-habis pun, jawapan depa nanti confirm “ini masalah kerajaan dahulu, kami tak tahu apa-apa”. Tak ke janggal jadinya perbahasan tu?
 
8 ) Kalau nak juga benda ni dibahas dalam Dewan, secara propernya, kau kena panggil Ketua Audit Negara, dan semua Ketua-Ketua Jabatan untuk masuk dan turut serta dalam perbahasan. Baru lah perbahasan tak jadi ayam itik. Ataupun at least, semua Menteri yang terlibat tahun 2021 kena turut serta dalam Dewan dan terlibat dalam perbahasan. Barulah perbahasan tu adil. Bukan perbahasan syok sendiri.
 
9) Tapi sebenarnya, benda tu tak perlu pun. Sebab apa? Sebab kita dah ada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau PAC dalam Parlimen. Ini kerja PAC, bukan kerja Dewan Rakyat.
 
Peraturan Mesyuarat 77 (1)C jelas menyatakan, Penyata-Penyata Kira-Kira Negara yang dibentang dalam Majlis Mesyuarat mengikut Perkara 107, hendaklah diperiksa dan diambil tindakan oleh PAC, supaya dapatan audit dan syor yang terkandung dalam laporan tersebut dapat diambil tindakan dengan serius oleh pihak terlibat. Maka, PAC ni lah yang akan bentuk prosiding, panggil saksi, panggil KSU, panggil pegawai-pegawai daripada kementerian untuk soal dan teliti semua dapatan seperti yang ditegur Ketua Audit Negara.
 
Maknanya ini semua kerja PAC, biar je lah PAC yang jalankan tugas depa. Apahal tiba-tiba nak bawa masuk Dewan pulak? RUU lagi penting banyak lagi kot nak dibahas dalam tu!
 
10) Atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas, aku berpendapat perbahasan Laporan Ketua Audit Negara 2021, yang dicadangkan Kerajaan kali ini, adalah suatu benda yang janggal dan aneh, serta membuang masa. Tak lebih aku katakan, ini hanya suatu move politik untuk tunjukkan kononnya kerajaan ni adalah kerajaan yang telus dan terbuka.
 
Sedangkan, laporan ini adalah laporan zaman musuh politik mereka. Dan mereka boleh buat modal politik, if something goes wrong dalam perbahasan ni. Itu sahaja 😎
 
Sekadar pandangan

Ditulis oleh

Nazrul Nazir
Ahli Kluster Undang-undang
Jabatan Profesional Muda, DPPM

13 Jun 2023