JPro

SIAPA ITU JURU X-RAY? KENAPA WUJUDNYA JURU X-RAY?

Nukilan ini hanya penulisan ringkas daripada saya seorang Juru X-Ray yang baru sahaja memulakan kerjaya sebagai Juru X-Ray.

 

Juru X-ray ini juga dikenali sebagai Radiographer yang mana kami adalah kumpulan sokongan. Kami bukan Primary team yang perlu ada ketika saat kecemasan, tapi kami diperlukan untuk mendiagnosis penyakit pada peringkat awal.

 

Kerjaya kami ini sangat kecil. Kalau dilihat jabatan Radiologi juga hanyalah satu jabatan kecil sehingga masyarakat ada yang tidak tahu akan kewujudan kami. Sebagai contoh, pesakit yang datang membuat pemeriksaan di tempat kami memanggil kami sebagai “misi” atau “doktor” sedangkan kami adalah Radiographer. Tapi perkara ini tidak menghairankan kerana kami ini sangat sedikit bilangan jika dibandingkan dengan Doktor dan Nurse.

 

Juru X-ray membantu doktor untuk mendiagnosis penyakit pesakit pada peringkat awal. Contohnya bila mana kemalangan berlaku, pesakit daripada kecemasan akan dihantar ke jabatan xray untuk melihat jika ada bahagian tulang yang patah atau tidak kerana kadangkala dari fizikal kita melihat pesakit tidak mengalami apa-apa tapi bila xray kita boleh lihat tulang pesakit. Selain itu, pesakit akan dihantar ke ct scan untuk, lihat secara detail akan kecederaan dalaman yang tidak dapat dilihat dari xray biasa.

 

Selain general xray dan ct scan, ada beberapa modaliti lagi yang kami juru xray perlu kuasai untuk membantu doktor mendiagnosis penyakit pesakit antaranya mammogram. Mammogram ini adalah satu pemeriksaan menggunakan mesin khas untuk melihat keadaan payudara. Dimana kanser payudara dapat dikenalpasti melalui pemeriksaan ini.

 

Selain melakukan pemeriksaan, Juru X-ray perlu memberikan awareness kepada semua pesakit agar tidak ambik mudah akan kesihatan mereka tambah-tambah lagi kepada yang mempunyai keluarga yang ada sejarah kanser. Pemeriksaan fluoroscopy pula adalah pemeriksaan yang menggunakan kontras media yang mana kontras media ini membantu doktor untuk melihat masalah apa kepada pesakit. Contoh pemeriksaan Hsg, Barium Swallow dan lain-lain. Kami juga ada mesin ii (image intensifier) yang digunakan di dewan bedah.

 

Kami juru X-ray ini wujud untuk membantu doktor mendiagnosis penyakit. Kami juga membantu doktor dengan memberi image yang berkualiti tinggi yang mana dengan image tersebut doktor boleh membantu merawat pesakit. Kami membantu mendiagnosis penyakit yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Kami menggunakan sinar x untuk mendapatkan imej. Kalau gambar daripada photographer boleh buat kenangan. Gambar dari juru xray boleh bantu doktor diagnos pesakit.

 

Sebagai Juru X-Ray, banyak tanggungjawab kami sebenarnya. Selain memberikan imej yang berkualiti kepada doktor, kami juga kena membantu untuk memberikan radiasi yang terbaik kepada pesakit untuk mengelakkan berlaku pengulangan pemeriksaan.

 

Oleh itu, kami juru X-ray sangat suka bila pesakit yang kami jumpa boleh memberikan kerjasama kepada kami. Kerana dengan itu, kami dapat mengurangkan risiko radiasi berlebihan kepada mereka. Tetapi jika pesakit yang datang tidak dapat memberikan kerjasama, kami hanya mampu menggunakan teknik modified yang paling baik untuk membantu doktor mendapat imej yang boleh didiagnos.

 

Sedikit penulisan yang boleh ditulis mengenai jawatan Juru X-Ray. Kami ini tidak ramai tapi kami ada. Kami cuba membantu sebaik yang boleh. Penulisan daripada junior yang baru setahun jagung. Dan jika one day, saya dah betul-betul mendalami profesi saya, akan saya taip lagi. Terima kasih.

Ditulis oleh

Abyana Alias
Juru X-ray
Kluster Kesihatan
Jabatan Profesional Muda, DPPM

7 Disember 2023